Program Inklustiviti Digital Rakyat Sarawak
28 September 2019 | Aktiviti Terkini
Pada 27 September 2019, Pustaka Negeri Sarawak dan Perpustakaan Awam MDLA telah mengadakan Program Inklustiviti Digital Rakyat Sarawak dengan kerjasama Pusat Internet Engkilili dan Pusat Internet Lubok Antu. Seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada ketua masyarakat dan ahli Majlis Daerah Lubok Antu telah menyertai program ini. Program ini telah diadakan di Pusat Internet Engkilili.
Program ini bertemakan Pelestarian Komuniti Digital, memastikan penduduk di Sarawak dapat capaian akses internet dan teknologi sejajar dengan perkembangan dunia Digital. Program ini juga bertujuan memperkenalkan Protal Pustaka Negeri Sarawak kepada peserta. Para peserta juga di ajar cara menggunakan Protal Pustaka Ngeri Sarawak. Program ini diteruskan dengan pengenalan Sarawak Pay dan cara pengunaannya. Dipenghujung program, peserta didedahkan dengan Jenayah Siber , ‘love scam” dan penipuan dalam talian. Program ini berlangsung selama 3 jam bermula 9.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: